Wednesday 11 September 2019

Cita-cita aku nak buka spa kecantikan

assalamualaikum peeps,

hai. hari nie aku just nak share something. aku bekerja sebagai Qa technician di sebuah kilang coklat. so being as QA gaji kau tak banyak pun. cukup-cukup makan. huhu. tapi aku belajar dan mencuba untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. kadang tu mengeluh jugak. tapi kene sabarkan hati dan cuba cari solusi untuk tambahkan pendapatan. so aku fikir punya fikir apa nak buat. last2 aku dapat satu ilham untuk pelajari satu kemahiran yang boleh menambahkan pendapatan sampingan iaitu dengan belajar mengurut. so aq cuba google kursus urutan yang berpatutan dan search silibus yg diajar. cari punya cari tak jumpa. hmm. aq punya hasrat nie mmg aq suka bercerita dgn mak aku dan mak aku sendiri menyokong apa yang anak dia nak buat. so one day tiba2 my dad forward satu mesej thru ws mengenai satu kursus urutan nie. so aku pun dm la no yang ada kat situ. so tanya punya tanya. memula kita insecure jugak. dan aku sendiri cari tahu mengenai kursus urutan tu. so entah mcm mana aku pun daftar je la. sbb semangat aku berkobar-kobar nak belajar urut tu. hehe. dia punya pendaftaran bayar rm100 tapi total yuran yang aku kene bayar adalah rm1000. dia punya silibus merangkumi urutan seluruh badan, reflexologi kaki, bekam, guasa, akupuntur dan facial serta silibus tambahan yang di luar format. so aku pun mcm tertarik. masa first aku datang kelas. mak ayah aku yang hantar. sbb nk tgk sapa pengajarnya. agak2 boleh dipercayai ke orgnya. huhu. dan aku lah org pertama yang mendaftar utk belajar urut tu. so mmg aku sorang je la ada. hehe. tp senanya best jugak sbb cikgu tu boleh fokus kita sorang je. bila dah lama2 bru la ada pertambahan pelajar lain. dan aku lah yang paling muda disitu. hikhik. yang lain semuanya mak-mak org. hahahaha. memandangkan boss aku dah anggil buat kerja. so aq stop dulu okayyy. nanti ada masa aku sambung balik. kahkah.

bye-bye kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment